ITU KAMU
PROLOG
'From Perth with Love ~ wink * wink*'
Usai memuatnaik status facebook nya itu, Zalia tersenyum panjang. Mata dihala semula ke arah handphone di tangan, yang masih memaparkan gambarnya yang berbaju pink dan bertudung ungu itu sedang memegang belon berwarna merah berbentuk love bertulis PERTH itu. Sememangnya dia jarang memuatnaik status atau gambar di laman sosial, namun kerana permintaan teman-teman rapatnya, maka dia sudi 'mencemar duli' kali ini.Heh, mencemar la sangat, bisiknya di dalam hati.
"Sayang, you dah kenapa ? Duk tenung handphone tu sampai naik juling mata you i tengok. Dah, cepat siap, kata nak pergi makan," tiba-tiba terdengar suara si suami, yang memandang sambil tersenyum.
" Okey, sekejap ye sayang," lalu dia bingkas bangun bersiap.
Weeeee... nak pergi dating...bestnya!!!!! Lagi-lagi dating dengan encik suami, bisiknya nakal, di dalam hati.
"Sayang, you dah kenapa ? Duk tenung handphone tu sampai naik juling mata you i tengok. Dah, cepat siap, kata nak pergi makan," tiba-tiba terdengar suara si suami, yang memandang sambil tersenyum.
" Okey, sekejap ye sayang," lalu dia bingkas bangun bersiap.
Weeeee... nak pergi dating...bestnya!!!!! Lagi-lagi dating dengan encik suami, bisiknya nakal, di dalam hati.
BAB 1
' Suraj hua mattam, chandni chalte lage'
Badannya meliuk lintuk di tengah-tengah gurun yang panas itu. Sari hitam yang dipakainya juga berayun ditiup angin, menyerlahkan tubuhnya yang langsing itu. Dan si jejaka tiba-tiba datang memeluk pinggangnya, dan mereka sama-sama menari dengan asyik, mengikuti irama lagu itu.
Namun tiba-tiba sahaja dia tersadung kaki sang jejaka yang hensem itu, menyebabkan dia terjatuh tanpa sempat disambut oleh tangan gagah itu. Serentak itu juga terdengar ketukan bertalu-talu yang diikuti jeritan memanggil namanya.
" Tok...tok...tok...Zarl!!!!!"
Suara yang nyaring itu menyebabkan dia membuka matanya. Dan tiba-tiba sahaja dia menjerit kuat..
"Arghhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!" sambil menggosok-gosok badannya yang dirasakan sudah patah itu.
" Zarl, kenapa dengan kau ?" terdengar soalan di balik pintu. Eh, pintu? Kenapa di gurun ini ada pintu? Kepala yang tidak gatal digaru-garu, sambil cuba mencerna apa yang berlaku.
"Zarl, kau dah bangun belum??" terdengar lagi suara itu. Kepala digeleng-geleng beberapa kali. Dan akhirnya dia sudah tahu apa yang berlaku. Cheh, mimpi rupanya. Tapi mimpi menari dengan SRK tu, berbaloi rasanya walaupun akhirnya jatuh katil. Hehe..
"Zarl!!!!!!!!" bila jeritan kali ketiga kedengaran, lekas-lekas dia bangkit membuka pintu, sambil tersengih. Wajah masam si teman dipandang.
" Kau kenapa? Menjerit tak ingat dunia. Cepat sikit siap, kita dah lambat tau. Tu, cuba kau pandang jam dinding kau yang cantik itu. Dah pukul berapa sekarang cik adik yang manis?" Lantas, mata dihala ke arah jam dinding berwarna purple itu.
" 7.30." Jawabnya bersahaja, dan sesaat kemudian mulutnya melopong tidak percaya.
" What?????? Dah 7.30??? Mati la aku Tiha. Dah lambat ni," kelam kabut Zalia mencapai tuala di penyidai, dan bergegas menuju ke bilik air. Fatiha yang melihat hanya menggeleng kepala melihat tingkah temannya itu. Kalut, itu omelannya di dalam hati.
Lima belas minit kemudian, Zalia sudah siap berdandan, dan terkocoh kacah dia keluar dari biliknya. Kelihatan Fatihah dan Fiza, sudah siap menunggu di sofa. Mulut masing-masing muncung sedepa.
" Sorry guys," ucap Zalia. Sambil itu, dia berjalan menuju ke pintu utama, diikuti oleh temannya yang berdua itu.
Miss Vogue berwarna light pink itu dituju. Usai menghidupkan enjin, dia memasang Hotfm kesayangan. Lagu 'Suraj Hua Mattam' berkumandang, mengundang sengih di bibirnya, namun kemudian tehenti kerana terdengar dentuman yang kuat di belakang.
" Eh, apahal korang ni? Sakit my lovely vogue tau. Tutup pintu dengan perlahan sikit ye. Sekian, terima kasih,"
" Hah, sakit hati ur lovely vogue aja yang kau kira. Sakit hati kami ni macam mana pulak? Tidur lambat, pastu bangun pun lambat. Kau tau kan kita kena hadap jammed tetiap hari. Now dah nak pukul 8, sempat ke kita nak sampai sebelum pukul 9.00?" Soalan dari Tiha dipandang sepi. Dah tau, memang dia yang bersalah. Lambakkan segunung alasan pun, benang yang basah tetap takkan dapat ditegakkan.
" Layan sangat cerita KKKG tu. Eeee...tak faham la aku. Dari zaman study lagi kau tak pernah berubah. Asal ada je cerita tu, kau layan." Rengus Fiza pulak.
" Ala korang ni. Sekali sekala je aku layan. Takkan kau tak faham? Kata bff," ujarku sambil mencemik. Dan mereka berdua hanya menjelirkan lidah.