Tuesday, 23 July 2013

Contest 13jam A380


   

                                     
           http//fairytalesfromevelyn.blogspot.co.uk/2013/06/contest-novel-13-jam-a380.html


                                                                BAB 28

Haydar? Mata ku kelip berkali-kali, mahu memastikan adakah benar apa yang kulihat. Dan ternyata mataku tak menipu. Sememangnya lelaki kacak yang berdiri di hadapanku adalah Haydar.

"Hana, is it you? Thank God, finally I found you. These few days I keep thinking about you." Haydar bersuara ceria lantas segera menghampiriku.

Nadanya yang ceria itu menimbulkan satu rasa di sudut hatiku. Gembira? Rindu?Teruja? Sayu? Entah, aku sendiri tidak pasti saat ini perasaan apakah yang sebenarnya bermukim di hatiku. Namun yang pasti rasa itu langsung tidak sama seperti kali pertama aku berjumpa dengannya dahulu.

Ketika itu rasa aku rasa sangat bahagia dan gembira. Dunia terasa sungguh indah seperti aku yang punya, namun sekarang semua rasa itu telah tiada. Mungkinkah kerana Fawwaz?

"Hana, don't you remember me? Hello...I am Haydar. Your 4 hours ex-boyfriend. A 380 flight. Remember?"  bersungguh-sungguh sekali Haydar berusaha mengingatkan aku tentang kami.

" Of course I do. Assalamualaikum Haydar," ujarku berhati-hati.Haydar kulihat tergamam bila aku memberi salam. Ah, tentu dia tidak menyangka aku telah berubah.

'Well, I should have changed long before.' Hatiku bermonolog sendiri.

" Waalaikummussalam. Awak apa khabar Hana? Saya sentiasa rindukan awak dan kenangan kita," ujar Haydar lagi.Suaranya bergetar. Menahan hiba barangkali.

"I'm fine. Alhamdulillah. So what are you doing here?" soalku sekadar menutup rasa canggung di hati. Memang ketika ini suasana begitu sunyi dan sepi ku rasakan. Seolah-olah hanya aku dan dia yang berada di sini.

"I'm attending a meeting here," jawabnya sepatah-sepatah.Namun matanya merenung sayu mataku.

Suasana yang sunyi tiba-tiba dipecahkan dengan suara Emmel.

"Mommy, this uncle saved me just now," ujarnya menuding jari ke arah Haydar.

"Owh, so you must say thank you to uncle."

"Thank you uncle," ujar Emmel petah sekali. Aku tersenyum melihat dia.

"This girl is your daughter, isn't it? But on that day you said...." kata-kata Haydar terhenti di situ. Aku faham apa yang mahu dia katakan.

" You have to explain to me Hana. Who's this girl?"

"She's my daunghter Haydar. Fullstop." ujarku lantas berpaling ingin pergi dari dia. Sungguh aku sudah tak mahu ada sebarang hubungan dengannya lagi. Kehidupan yang aku lalui sekarang jauh lebih bermakna bagiku.

"Hana, please don't go. I missed you. A lot."Haydar menarik tanganku dan sepantas kilat juga tanganku naik menampar pipinya. Aku dan dia sama-sama terkedu. Suasana beku seketika sehinggalah suara tangisan Emmel yang nyaring menyedarkan kami.

"I love you Mommy. Please stop quarrel."

Sayu hatiku mendengar tangisan Emmel lantas segera aku tunduk memeluknya.

"What is going on here?" suara kasar Fawwaz kedengaran lantang sekali. Aku lantas bangun dan berpaling melihatku.

'God, I'm in trouble now' bisik hatiku saat melihat muka Fawwaz yang merah menyala seolah-olah menahan marah yang teramat sangat.

" I'll explain to you later, Fawwaz," tegas sekali aku berkata-kata.

" Who's this guy?" matanya mencerlung ke arah Haydar. Dan mereka saling bertentang mata. Seakan-akan ada permusuhan di antara mereka.

" This is my old friend. Haydar. And Haydar, meet my future husband, Fawwaz." Laju saja ayat itu meluncur keluar dari dua ulas bibirku.

Serentak dua pasang mata berpaling ke arahku. Masing-masing tergamam. Dan aku sendiri sebenarnya turut tergamam.



p/s : Saya saja suka-suka tulis kat sini. I'm a fan of Fawwaz.Hehe...
       To Eve, I'm not so good in English..So sorry kalo banyak salah...

2 comments:

  1. Replies
    1. x sangka ada yg like this entry..hehe...actually sy juz cube2 je...niway thanks just_mine...

      Delete